PRODUK KESIHATAN

HAMRAH SDN.BHD.
SUPREEMO BRUNEI DARUSSALAM BAGI PRODUK ERA EDAR MARKETING SDN. BHD SEJAK DARI TAHUN 1996

ALAMAT
NO.5, SPG 396-93-157-20
KPG JERUDONG, BRUNEI DARUSSALAM


HUBUNGI : 2611616 / 8601373


KEMASKINI : 13/07/2011


EXAMO CKM 500 *HOT SELLING!!!!!!!!
* DLM STOK EKONOPEK, EXAMO CKM 500 BIRU, EXAMO CKM PLUS IJAU



EXAMO CKM 500 bertindak 4 cara iaitu :

a) Mencerdaskan akal


EXAMO CKM 500 mampu mencerdaskan otak kerana ia membantu menyuburkan dendron dan demdrit. Dendron berfungsi mengumpul meklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat yang dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps kasosomatil dan aksodenteritik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehandaki. Satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin , pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang bodoh.


b) Menguatkan ingatan
Lamah daya ingatan ataupun lemah daya unutk mengingat membawa kepada masalah lupa. Kelemahan daya dan tenaga boleh dikuatkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Shuessler menunjukan enam jenis garam tisu biokimia yang diperlikan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis Prof. Dr. Azizan Hj Ismail, tiga garam tisu biokimia memadai iaitu kalsium fosfat, Kalium Fosfat dan magnesium fosfat . Rumusan istimewa ketiga-tiga garam tisu ini terdapat di dalam EXAMO CKM 500.


c) Menambah Tenaga Mental


Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindak balas kimia, sama seperti "rechargeable battery". Tenaga kimia yang terhasil dan tindak balas ini boleh di ubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini di kenali sebagai proses elektrokimia.


Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini mungkin tidak berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus. EXAMO CKM 500 mempunyai ciri-ciri keperluan proses elektrokimia.


d) Mendatangkan ketenangan


Bagi mereka yang menduduki mana-mana peperiksaan atau ujian memang berperasaan tidak tenang. Biarpun membaca nota dan buku, namun orang yang tidak tenang tidak dapat mengingati pelajaran malah wujud perasaan lain seperti resah gelisah sehingga menimbulkan rasa takut dan hilang keyakinan diri.EXAMO CKM 500 dapat mengurangkan serangan panik menghadapi peperiksaan, mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.

** TERDAPAT DALAM BENTUK EKONOPEK

SALINDAH * HOT SELLING!!!!!!!!!!
(KHUSUS UNTUK WANITA MENGANDUNG DARI 12 MINGGU HINGGA HABIS PANTANG)
*DALAM STOK 1 SET SEBELUM & SELEPAS
*CERAIAN B1-B6, L7-L12



SALINDAH - Rencana pemakanan jagaan & rawatan kehamilan yang lengkap dari mula hamil hingga lepas pantang

Produk B1-B6 (Sebelum melahirkan)

L7-L12 (Selepas melahirkan hingga habis pantang)

Khasiatnya :-

B1 - Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu yang mengandung.
(Minggu ke 12 hamil)

B2 - Untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian.
(Minggu ke 24 hamil)

B3 - Untuk pembinaan saraf dan otak anak serta mencegah simpul biawak.
(Minggu ke 28 hamil)

B4 - Memperbetulkan kedudukan bayi, menghilangkan alamat palsu, mengendur dan
menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan untuk
memudahkan kelahiran.
(4 minggu sebelum bersalin)

B5 - Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4. Memberi daya teranan labour
sewaktu bersalin.
(2 minggu sebelum bersalin)

B6 - Menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan serta menguatkan
daya teranan serta memudahkan keluarnya anak.
(1 minggu sebelum bersalin)

L7 - Menyembuhkan luka dan jahitan dengan cepat. Boleh digunakan sebagai sapuan di
bahagian pusat bayi.

L8 - Membantu mengurangkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah dan mencegah sakit
meroyan.
(5 jam selepas bersalin)

L9 - Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, membetulkan urat-urat yang putus
dan menyusun semula alat peranakan.
(Hari ke 2 selepas bersalin)

L10 - Mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula.
(Hari ke 6 selepas bersalin)

L11 - Tonik istimewa untuk memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman
dan pembuangan najis.
(Hari ke 7 selepas bersalin)

L12 - Menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat & segar.
(Hari ke 21 selepas bersalin)

STAMINEX
(BERKAITAN TULANG/OTOT)
*HABIS STOK


STAMINEX istimewa buat ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja (tidakmengandungi steroid). Memberi tenaga tambahan pada tubuh yang sudah letih lesu. Mencegah krem anggota dan mencegah seliuh.
Lain-lain kegunaan :
-Menghentikan pendarahan
-Membunuh bisul yang hendak membentuk / mempercepatkan proses penyembuhan
-Sakit-sakit pinggang, dada, anggota akibat kerja keras
-Amat baik bagi golongan veteran yang zaman mudanya bekerja keras
-Bagus dimakan sebelum memandu kereta dalam perjalanan jauh
-Rasa malas dan lembap pergerakkan
-Menguatkan jantung
Kemugkinan kesan mudarat :
Bisul - Terjadi pada mereka yang berdarah kotor dan ini proses pembersihan

BIOFIBER
(KENCING MANIS)
*HABIS STOK


BIOFIBER sesuai untuk :

Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Meningkatkan fungsi usus dengan menyeimbangkan mikroflora, mengurangkan sembelit dan meningkatkan pergerakan usus.
Merawat masalah diarea (cirit)
Mengurangkan serum kolestrol dan diabetes (kencing manis).
Membolehkan nutrien diserap dengan sempurna.
Membersihkan darah daripada toksin dan sekaligus membersihkan darah.
Mencegah jangkitan yang disebabkan oleh kuman berbahaya.

Ia juga membantu mengatasi :
Berat badan berlebihan.
Gastrik.
Kembung.
Mengurangkan risiko kanser.



ASMAKUR 
(ASMA, BATUK)
*ADA DALAM STOK

JENIS CECAIR / TABLET

Di perbuat daripada beberapa jenis herba & rempah-rempahan, berkhasiat terhadap sistem pernafasan, melokah kahak, menghilangkan keradangan, meredakan batuk dan kerengsaan tekak, melonggarkan pernafasan dan kesesakan dada.


Berperisa strawberi sesuai dengan selera seisi keluarga


Kemungkinan kesan mudarat ringan : Tiada



PHOS-X
(KHUSUS UNTUK KAUM LELAKI)
*HABIS STOK

Khusus untuk kaum lelaki. Mengandungi lebih 19 jenis herba termasuklah tongkat Ali, ubi jaga, galak tua, rancang besi, rempah gunung dan lain-lain lagi.


Berkhasiat untuk menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, menguatkan pinggang, menghilangkan sengal dan bisa urat, kencing tak puas, masalah tekanan darah tinggi, mengawal kandungan gula dalam darah & kencing serta melancarkan aliran darah.


Pantang Larang : Air kelapa dan air limau nipis.




GRIPTITE
(KHUSUS UNTUK KAUM WANITA)
*HABIS STOK



Di perbuat daripada herba terpilih termasuklah Kacip Fatimah, Bunga Patma, Rempah Gunung, Tutup Bumi dan sebagainya. Istimewa untuk mengatasi banyak masalah kaum wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum. Ia membantu mengatasi masalah sengugut, perut buncit dan awet muda. Untuk wanita lepas bersalin pula ia untuk mengempiskan perut, mencegah meroyan, membuang angin, mengatasi sembelit, mengecutkan organ peranakan dan memberi tenaga. Golongan remaja boleh mengamalkan produk ini sekiranya mengalami masalah keputihan di samping menguatkan otot-otot. Menghilangkan sakit keputihan (leukorea) dan melazatkan hidup perkelaminan.


Di lengkapi dengan Jitra Tab : Memberi tenaga dan kekuatan, melancarkan aliran darah, mencairkan lemak, melicinkan pergerakkan dan pembuangan najis, membuang kembung angin, mengenakkan tidur, mengeluarkan toksin melalui peluh, dan selesma. Melegakan sengal otot, sendi dan kebas anggota.


Lain-lain kegunaan :


1) Tekanan darah tinggi
2) Kencing manis
3) Awet muda


Pantang larang :
Air kelapa & limau nipis



NOMO SKINDIS
(PENYAKIT KULIT)
*HABIS STOK



Khusus untuk pelbagai penyakit kulit.


menyembuhkan penyakit kulit seperti :


* Gatal kulit atau gatal di mana sahaja
* Terasa merayap dan menyeram di kulit
* Erupsi dan ruam
* Kulit berwarna merah
* Panau, Kurap dan Kayap
* sengkela di celah paha
* Kudis-kudis
* Masalah kuku
* Ekzema (Kering / Basah)
* Kulit merekah, Jerawat
* Kudis buta
* Bisul
* Demam campak


Kemungkinan kesan mudarat ringan :


Penyakit itu terus hilang, tanpa mendatangkan apa-apa kerumitan, atau akan timbul sedikit kemelaratan simptom sebelum penyakit sembuh.


Pantang Larang :


Jangan makan makanan yang menyebabkan kulit gatal seperti ikan-ikan tertentu, udang, ketam, sotong, belacan dan seumpamanya.


NOMO MIGREN
(UNTUK MIGREN)
*HABIS STOK



Nomo Migren adalah satu produk homeopati yang di ilhamkan hasil merawat pesakit-pesakit dengan masalah berkaitan selama beberapa tahun. Jika simptom simptomnya bertepatan dan ubat diambil seperti yang diarahkan, Insya Allah masalah tersebut dapat diatasi. Ia merawat masalah sakit kepala dan masalah yang berkaitan.

Jenis-jenis sakit kepala :
  • Akibat ketegangan (Biasanya hadir waktu bangun dari tidur dan akan berterusan sepanjang hari, tekanan atau akibat letih)
  • Berkaitan dengan kawasan kesakitan berhampiran ( Kesakitan dari mata, sinus, hidung, gigi dan tengkuk)
  • Migrain ( Migrain ialah sejenis sakit kepala yang tenat dan dirasai di sebelah bahagian kepala)
  • Sakit kepala intrakranium (Disebabkan oleh pengembangan arteri serebrum)
Pantang Larang :
Kopi atau yang mengandungi kafein dan makanan alahan





SUSU INTELAC
(PERISA COKLAT, UNTUK PELAJAR)
*HABIS STOK


Istimewa untuk pelajar.


Membekalkan zat untuk perkembangan intelak dan minda. Mengandungi protein, kalsium, magnesium dan zat besi untuk memberi tenaga, menguatkan tulang dan gigi, membaik pulih saraf dan otot yang lesu, serta memberi tumbesaran yang sempurna.

Menggunakan koko bermutu tinggi dan mempunyai khasiat pemakanan yang sangat naik untuk fizikal dan mental. Ia juga meningkatkan serotonin untuk merangsang otak menghasilkan perasaan tenang dan yakin.


SUSU GASTRO-LAC
(GASTRIK/PENGHADAMAN)
*HABIS STOK



GASTRO-LAC untuk masalah gangguan pencernaan dan gastrik. ia dapat mengawal kuantiti jus gastrik yang terhasil dalam perut. Apabila asid dalam perut berkurangan, proses penghadaman turut menurun. Dengan itu pencernaan makanan di dalam usus akan berlaku dengan lebih sempurna lagi. Ia juga dapat mengatasi masalah kembung.

SUSU BIO-LAC *HOT SELLING!!!!!!!
(UNTUK ANAK DAMIT)
*ADA DALAM STOK

Khusus untuk anak damit. Biolac merupakan susu yang di pasteur, mengandungi kombinasi khas garam tisu biokimia yang diformulasikan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail.




Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia :
1) Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
2) Kecergasan dan kecerdasan.
3) Mencegah gangguan kesihatan.
4) Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi.
5) Membuang bahan toksin dalam badan.
6) Membaiki penghadaman, percernaan dan perkumuhan.
7) Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.